Filem terbitan turunan Siri_Filem_Kampung_Pisang

Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh (2015)

Usop Wilcha yang baru berpindah ke kawasan baru bersama Wahab B bertemu dengan Jaynab Ramunggei dan tinggal berjiran serta menjalankan perniagaan bersama-sama di sebuah medan selera. Pada masa sama, wabak werewolf (serigala jadian) itu sudah mula merebak di Malaysia. Kumbi yang kini sudah dewasa juga berada di Malaysia untuk mendapatkan bantuan Jaynab bagi mengembangkan pembiakan baka werewolf, sekali gus melenyapkan spesies manusia di muka bumi. Bagaimanapun, semua agenda jahat ini sudah lama diketahui Pilun (Zizan Razak) iaitu seorang pekerja asing tanpa izin warga Bangladesh yang bekerja di gerai Usop. Pilun berkali-kali mencuba untuk memaklumkan kepada Usop mengenai perkara itu tetapi usahanya sering terhalang.[6]